Selasa, 21 Jun 2011

Kek Tiramisu

Ha besday hubby sama ngan Abg Long alamatnya beli jelah satu kek kongsi..huhuhuhu..ok lagi dari tak beli langsung..
  • 2 bungkus biskut tiramisu/sponge fingers/boudoir
  • 250g cream cheese
  • 250g whipping cream
  • 150g gula (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
  • satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)
  • serbok kok/cokolat utk hiasan
1.satukan cream cheese + whipping cream + gula dan pukul hingga kembang
2.Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar
3.Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata. Ulang proses ini sehingga menjadi tiga lapisan. (gambar di atas cuma 2 lapisan je tau tu...)
4.Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti  ais. Hias kan dengan taburan koko/cokolat di atasnya ikut suka
5.Tiramisu saya nampak creamnya agak tebal di atas kerana saya kehabisan biskut so saya buat 2 lapisan saja dan letak semua cream di atas lapisan yang kedua tadi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan